Tak susah. Janji faham.
Zero-Based Budgeting
"Bagi setiap ringgit satu kerja — supaya korang tahu ke mana perginya setiap sen."
Konsepnya mudah: Pendapatan − Perbelanjaan = Sifar. Bukan bermaksud duit habis. Bermaksud semua dah ada tempat — bil, makan, tabungan. Tak ada yang "hilang" tanpa korang sedar.
CONTOH:
Gaji masuk: RM4,000
Komitmen Bank: RM1,200 + Keperluan Asas: RM1,300 + Kehendak: RM500 + Tabungan: RM1,000
= RM4,000. Sifar tinggal. Semua ringgit ada kerja.
Tanpa bajet, duit "hilang" tanpa sedar. RM50 sini, RM30 sana. Hujung bulan tertanya — ke mana pergi gaji aku? Zero-based budgeting selesaikan masalah ini.
Senaraikan pendapatan bulanan
Gaji bersih + apa-apa pendapatan sampingan. Kalau tak tetap, guna jumlah paling rendah dalam 3 bulan lepas.
Senaraikan semua perbelanjaan
Setiap sen. Dari loan rumah sampai kopi pagi. Kalau tak nampak ke mana perginya, macam mana nak kawal?
Tolak perbelanjaan dari pendapatan = Sifar
Kalau ada lebih, agihkan ke tabungan atau bayar hutang. Kalau negatif, kena potong belanja sampai balance.
Track perbelanjaan sepanjang bulan
Bajet tanpa tracking macam plan latihan tanpa pergi gym. Kena pantau setiap hari supaya tak terlebih belanja.
Buat bajet baru setiap bulan
Tak ada dua bulan yang sama. Raya, sekolah buka, servis kereta — adjust ikut realiti bulan tersebut.
Tak ada lagi "duit hilang entah ke mana." Setiap sen dah diagihkan sebelum bulan bermula.
Bila tulis semua, korang akan terkejut berapa banyak pergi ke makan luar, langganan tak guna, dan "benda kecil" yang rupanya besar bila dicampur.
Tanpa bajet, duit kawal korang. Dengan bajet, korang decide ke mana setiap sen pergi.
Gaji RM2,000 atau RM20,000 — konsep sama. Setiap ringgit ada kerja. Yang penting bukan berapa banyak masuk, tapi berapa bijak korang agihkan.
Dalam zero-based budgeting, kena agihkan ikut keutamaan. Bayar yang paling kritikal dulu, baru yang lain.
Loan rumah, kereta, personal loan — kontrak tetap. Tak boleh "pause" atau "skip bulan ini."
Bil elektrik boleh jimat. Tapi RM1,200 loan tetap RM1,200. Tak boleh call bank minta turun.
3 bulan tak bayar: rekod kredit terjejas. 6 bulan: saman. Rumah dilelong. Kereta ditarik. Paling teruk? Bankrap.
Selepas agihkan duit untuk komitmen bank, bahagian seterusnya ialah keperluan hidup: makanan, utiliti, pengangkutan. Tak boleh hapuskan, tapi boleh optimize.
Dalam zero-based budgeting, kehendak diagihkan TERAKHIR — selepas komitmen bank dan keperluan asas. Netflix, makan luar, hobi, percutian. Potong 100% pun anda masih hidup. Tak ada bank call. Tak ada saman.
Maknanya anda ada BANYAK ruang untuk maneuver. Gaya hidup boleh berubah. Bankrap? Susah nak pulih.
Biasanya ambil 2-3 bulan untuk betul-betul selesa dengan bajet. Jangan give up kalau bulan pertama tak perfect. Itu normal.
Raff ada akses kepada 9 syarikat takaful di Malaysia. Bermakna Raff boleh compare dan recommend plan yang paling sesuai untuk korang. Bukan satu syarikat, bukan satu pilihan. Tapis dari semua, shortlist yang terbaik untuk situasi korang.
Medical card, perlindungan hayat, penyakit kritikal, pendidikan anak. Raff dengar situasi korang dulu. Tapis dari 9 syarikat. Shortlist 3-4 yang fit. Yang terbaik untuk kita adalah yang sesuai untuk kita.
Raff akan dengar situasi korang dulu sebelum suggest apa-apa.
Tak susah. Janji faham.