Takaful Keluarga & Nyawa
Perlindungan nyawa supaya keluarga tetap terjaga, ikut keperluan sebenar anda.
"Tak susah. Janji faham."
Perlindungan · Capspring Temasik
Pilih apa yang berat di fikiran anda sekarang. Kita mula dari situ.
Perlindungan nyawa supaya keluarga tetap terjaga, ikut keperluan sebenar anda.
Bina dana universiti anak, sambil melindungi mereka jika apa-apa berlaku.
Tanggung bil rawatan hospital yang makin mahal, supaya simpanan anda kekal utuh.
Bayaran sekali gus bila disahkan sakit kritikal, supaya anda fokus pulih, bukan risau pendapatan.
Perlindungan perubatan berkumpulan untuk staf syarikat anda. Saya uruskan takaful syarikat, bukan keluarga sahaja.
Manfaat sampai kepada orang yang betul, ikut faraid dan hasrat anda, tanpa pertikaian.
Setiap keluarga berbeza. Jom sembang, kita cari pelan yang padan →
Bebas & tak terikat
Yang paling best dalam kerja ini bukan menjual, tapi bila dapat selesaikan masalah klien. Setiap orang ada keperluan tersendiri, dan dengan akses ke 9 syarikat takaful, senang untuk saya cari penyelesaian yang betul-betul padan dengan keperluan anda.
Setiap syarikat ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Bila saya boleh mix & match produk dari beberapa syarikat, anda dapat manfaat paling optimum untuk kos RM yang sama. Kelemahan satu syarikat dilapik dengan kekuatan syarikat lain.
Contohnya:
Sebab itu saya banding dulu, baru cadang. Bukan ikut komisen, tapi ikut apa yang padan dengan anda.
Lesen di sebalik praktis saya
Capspring Temasik Financial Group ialah firma nasihat kewangan Malaysia yang beroperasi sejak 2013. Ia memegang lesen Financial Advisory (FA) untuk konvensional dan takaful di bawah Bank Negara Malaysia, dan bekerjasama dengan kebanyakan syarikat insurans dan takaful di Malaysia.
Peranan saya
Saya Wakil Pemasaran takaful berdaftar di bawah Capspring Temasik.
Berlesen & dikawal selia
Lesen Financial Advisory untuk konvensional dan takaful, di bawah Bank Negara Malaysia.
Tak terikat satu syarikat
Sebab Capspring bekerjasama merentas pasaran, saya boleh banding 9 syarikat takaful dan cadang yang padan, bukan yang satu syarikat nak jual.
Beroperasi sejak 2013
Struktur di sebalik sijil takaful anda bukan sesuatu yang baru.
Semakan & restructure polisi
Kos takaful makin naik, dan ramai orang terpaksa telan je. Sebenarnya tak semestinya. Sebab saya boleh bina semula perlindungan yang sama merentas 9 syarikat takaful, selalunya ada ruang untuk bergerak. Dan semakan itu percuma.
Tiga hasil yang biasa
Perlindungan sama, bayaran turun
Kekalkan perlindungan sedia ada, bayar lebih murah setiap bulan.
Bayaran sama, perlindungan naik
Kekalkan bajet bulanan, dapat perlindungan yang lebih luas.
Perlindungan naik, bayaran turun
Bila mix & match menjadi, dua-dua sekali.
4 dinding asas dulu
Makanan, tempat tinggal, pengangkutan, utiliti. Kalau bayaran takaful dah makan bahagian ni, memang ada yang kena betulkan. Takkan nak stop anak makan sebab nak bayar takaful.
Buat masa sihat
Permohonan saya sendiri pernah kena reject lepas medical check-up tak cantik. Ambil masa setahun diet dan check-up setiap 3 bulan baru lulus. Buat semakan masa kesihatan masih bagi anda pilihan.
Dan kadang-kadang jawapan jujurnya ialah kekalkan yang sedia ada. Kalau bertukar tak buat anda lebih baik, saya akan cakap begitu. Plan terbaik ialah yang paling sesuai dengan anda, bukan yang bunyi paling hebat.
Panduan · Urus Wang Mudah
Urus Wang Mudah (UWM) ialah hub kewangan yang Raff asaskan. UWM OS jurulatih wang AInya: masukkan nombor sebenar anda, dan dapat satu pelan jelas yang anda boleh ikut.
Dibimbing, bukan umum. 25 modul, berdasarkan ringgit anda sendiri.
Bukan app bajet, bukan kursus. Jurulatih wang dalam BM dan English.
Bayar sekali, milik selamanya. Guna dengan pembantu AI biasa.
Tentang saya
Saya mula sebab satu perkara: nasihat kewangan di Malaysia selalu terlalu umum, atau terlalu mahal. Orang biasa macam kita rasa keliru bila bercakap pasal duit.
Jadi saya pilih cara berbeza: terangkan dulu, jual kemudian. Faham setiap keputusan sebelum tandatangan, tanpa hard selling atau istilah pelik.
Saya bukan penasihat kewangan berlesen. Saya perunding takaful yang bantu anda faham pilihan, kemudian pilih yang sesuai. Praktis saya di bawah Capspring Temasik, dan saya pengasas Urus Wang Mudah.
Sertai pasukan · R Cubed
R³ ialah Rooted, Refined, Resolute: tiga sisi, satu cube. Kalau nilai ini milik anda, jom bina praktis takaful anda bersama kami.
Belajar cara "terangkan dulu, jual kemudian", bukan skrip jualan. Dibimbing langkah demi langkah.
Akses 9 syarikat takaful, plus UWM OS untuk klien anda.
Anda bawa nama R Cubed: Rooted, Refined, Resolute. Anda tak keseorangan.
Untuk yang nak tolong orang faham wang, bukan sekadar jual.
Baru nak mula, atau nak second opinion pasal polisi sedia ada? Tiada hard selling. Saya dengar dulu, baru cadang.
Sembang dengan Raff di WhatsAppBiasanya saya balas dalam beberapa jam.