Selamat datang

Tahniah, anda kini dilindungi oleh ElitePlus Takafulink.

Anda baru buat satu perkara besar untuk orang yang anda sayang. Sekarang, boleh lega sikit. Tinggal beberapa langkah mudah je, dan saya temankan setiap satu.

Tak susah. Janji faham.

Raff Abdullah Raff Abdullah Wakil Pemasaran anda · Capspring Temasik

Ini panduan onboarding anda untuk bantu anda mula. Simpan & rujuk bila-bila anda perlukan bantuan, atau terus mesej saya.

Onboarding · langkah demi langkah

Mari kita setkan, satu langkah pada satu masa.

6 langkah ringkas · beberapa minit sahaja

  1. 1

    Simpan nombor saya, langkah paling penting. Tekan butang; Kenalan (Contacts) anda terbuka dengan butiran saya siap diisi. Tekan Simpan je. Supaya anda boleh hubungi saya bila-bila, terutama semasa kecemasan, dan terima kemas kini penting. Saya juga hantar maklumat segera melalui broadcast WhatsApp. WhatsApp hanya hantar broadcast kepada orang yang sudah simpan nombor saya, jadi simpan nombor supaya anda tak terlepas. + Simpan nombor sayaNombor saya: 012-216 9041

  2. 2

    Daftar akaun anda. Daftar di portal pelanggan Etiqa untuk semak butiran, urus sijil dan muat turun dokumen anda.

  3. 3

    Muat turun app Etiqa+. Pasang dari App Store atau Google Play, dan daftar. Baru guna? Lihat panduan app Etiqa+ (PDF).

  4. 4

    Semak butiran & muat turun e-sijil anda. Pastikan nama penuh, nombor IC, tarikh lahir dan penama (nominee) betul, kemudian muat turun Sijil Takaful/PDS dan kongsi satu salinan dengan keluarga atau waris. Semak juga PDS setiap rider yang dilampirkan.

  5. 5

    Hospital panel (tanpa tunai): maklumkan anda dilindungi Etiqa Family Takaful; hospital uruskan Surat Jaminan dan Etiqa selesaikan bil (anda bayar deduktibel jika ada).

  6. 6

    Hospital bukan panel: bayar dahulu, kemudian hantar tuntutan melalui app Etiqa+ untuk bayaran balik.

Penting: pastikan nama penuh, nombor IC dan penama (nominee) anda betul-betul tepat. Maklumat yang salah boleh melambatkan atau menjejaskan tuntutan anda. Jumpa apa-apa silap? Mesej saya terus, kita betulkan segera.

Apa yang anda dilindungi

Inilah perlindungan utama yang anda dapat dengan ElitePlus Takafulink:

Angka di halaman ini ialah manfaat standard pelan. Jumlah dilindungi, had dan rider sebenar anda bergantung pada pelan yang anda pilih. Sentiasa rujuk polisi anda (sijil & PDS) untuk angka tepat anda.

Kematian & TPD

Bayaran Jumlah Dilindungi + Nilai Akaun (TPD tertakluk had RM2 juta).

Pelaburan patuh Syariah

Pelaburan dalam dana patuh Syariah, dengan pertukaran dana percuma dan tanpa had.

Bonus kesetiaan

Bonus kesetiaan dibayar setiap 2 tahun dari Tahun 7, plus Manfaat Ihsan RM3,000 atas kematian atau TPD.

Rider perubatan (Medical Plus)

Tambah kad perubatan tanpa tunai: had tahunan tinggi sehingga RM2.3 juta, tanpa had seumur hidup, dengan pilihan deduktibel.

Rider penyakit kritikal

Tambah perlindungan penyakit kritikal dan kemalangan untuk perlindungan lebih menyeluruh.

Fleksibel

Pengeluaran separa (minimum RM500) dan pertukaran dana percuma bila keperluan anda berubah.

Pilihan rider perubatan (Takafulink Medical Plus)

Tak pasti anda di pelan mana? Semak app atau polisi anda untuk tahu pelan yang anda pilih.

Plan 1 Plan 2 Plan 3 Plan 4 Plan 5
Bilik & makan harian RM150RM200RM300RM400RM500
Had tahunan keseluruhan RM1jRM1.5jRM1.8jRM2jRM2.3j
Had seumur hidup TiadaTiadaTiadaTiadaTiada
Pembedahan, ICU & hospital Seperti dicajSeperti dicajSeperti dicajSeperti dicajSeperti dicaj
Kemasukan Tanpa tunaiTanpa tunaiTanpa tunaiTanpa tunaiTanpa tunai

Had tahunan dalam juta (j). Pilihan deduktibel: tiada, atau RM2,000 / RM10,000 / RM20,000 / RM40,000 setahun. Rujuk PDS untuk manfaat penuh. Manfaat asas (Kematian & TPD) berasingan daripada rider perubatan ini.

Perkara penting untuk anda tahu

Tempoh menunggu & contestability

  • Kemalangan: tiada tempoh menunggu
  • Penyakit am: 30 hari
  • Penyakit tertentu: 120 hari, iaitu:Hipertensi, diabetes & penyakit kardiovaskularSemua tumor, sista, nodul & polipBatu sistem kencing & hempeduKeadaan telinga, hidung & tekak (THT)Hernia, buasir, fistula, hidrokel, varikokelSistem pembiakan termasuk endometriosisTulang belakang (termasuk slip disc) & lutut
  • Keadaan sedia ada: tidak dilindungi
  • Tempoh contestability: 2 tahun pertama. Operator boleh menyiasat tuntutan dalam tempoh ini; selepas itu sijil anda tidak boleh dipertikai, kecuali penipuan atau keadaan sedia ada yang tidak didedahkan.

Pengecualian utama

  • Bunuh diri dalam 1 tahun (manfaat asas)
  • TPD akibat kecederaan yang disengajakan
  • Keadaan sedia ada (rider)
  • Kecederaan sengaja; alkohol/narkotik
  • HIV/AIDS (kecuali yang dilindungi)
  • Aktiviti jenayah, rusuhan, keganasan

Soalan yang anda mungkin ada

Apa itu ElitePlus Takafulink?

Pelan takaful berkaitan pelaburan dari Etiqa yang menggabungkan perlindungan patuh Syariah (Kematian & TPD) dengan pelaburan. Anda boleh tambah rider perubatan, penyakit kritikal dan kemalangan.

Adakah ini produk pelaburan tulen?

Bukan. Nilai terikat dengan prestasi dana pelaburan, dan anda menanggung risiko pelaburan sepenuhnya.

Kalau terlepas bayaran?

Tempoh tangguh 31 hari. Jika Nilai Akaun mencukupi, caj terus ditolak daripadanya. Jika tidak cukup, sijil mungkin luput.

Boleh keluarkan duit?

Boleh. Pengeluaran separa minimum RM500, dan akaun mesti kekal melebihi RM5,000.

Boleh tukar dana pelaburan?

Boleh. Pertukaran dana percuma dan tanpa had antara semua dana patuh Syariah.

Apa itu deduktibel?

Jumlah yang anda bayar sendiri dahulu sebelum perlindungan perubatan bermula. Untuk Takafulink Medical Plus, pilih tiada deduktibel, atau RM2,000 / RM10,000 / RM20,000 / RM40,000 setahun. Pilihan deduktibel boleh auto-tukar ke perlindungan penuh sebelum umur 60, sesuai jika anda ada perlindungan majikan sekarang, tapi mahu terlindung penuh selepas bersara.

Berapa tinggi perlindungan perubatan rider ini?

Had tahunan sehingga RM2.3 juta (ikut pelan) dan tiada had seumur hidup. Perlindungan perubatan sehingga umur 88, dengan pembaharuan dijamin (kadar caruman tidak dijamin).

Penafian penting. Maklumat ini pendidikan am sahaja dan bukan terma sijil takaful anda. Rujuk Helaian Pendedahan Produk (PDS), Ilustrasi Pemasaran dan sijil takaful anda untuk terma sebenar. ElitePlus Takafulink dikendalikan oleh Etiqa Family Takaful Berhad, dikawal selia di bawah IFSA 2013 oleh Bank Negara Malaysia. Ini produk takaful berkaitan pelaburan yang terikat dengan prestasi aset pendasar. Nilai pelaburan boleh naik dan turun. Perlindungan PIDM ke atas bahagian unit tertakluk had. Raff Abdullah ialah Wakil Pemasaran di bawah Capspring Temasik, bukan penasihat kewangan berlesen.

Raff Abdullah

Saya ada untuk anda

Saya jaga anda, sampai tuntutan selesai.

Lepas ni, anda tak keseorangan. Nak tanya, nak buat tuntutan, atau cuma nak pastikan sesuatu? Mesej atau call je saya, bila-bila masa.

Mesej Raff di WhatsApp

atau call saya di 012-216 9041

Raff Abdullah

Kongsi kebaikan

Kenal seseorang yang patut dilindungi juga?

Hubungi Raff Insurans Travel Insurans Kereta